Cerita Tentang DONUT
Aku memang minat buat pastry.Sekadar mengisi perut yg berkeroncong petang2x.seronok bila buat pastry. Pengalaman yang tak dapat di lupakan bila kali pertama membuat donut.wahh,macam tak caya je.tapi Alhamdulillah jadi.Bila masuk masuk bahan tengok adunannya asal ketul2x.dah mula nak menggelaba.Bertambah gelabah pulak bila kakak aku tengok sambil tersenyum.aku pun tak tahu jadi ke tak time tu.main buat ja. Buat donut ,banyak waktu rehat rehat dia.Bukan aku yang rehat tapi adunan nak kene rehat lepas uli. Jenuh aku cari acuan buat donut kat belakang rumah,tapi tak jumpa jumpa.last last aku guna cawan punya mulut.
Cubalah resepi ni.aku amik kat dalam internet.
Sedap,lembut..
D.O.N.U.T...........mamang lembut dan gebu....
Sumber Resepi: Sue-Hsue.blogspot
Bahan2:
500g Tepung Gandum Berprotein Tinggi (guna tpg biasa pun ok)
1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)kalo guna yis peket beso amik 1 sudu makan jer..
50g Marjerin
1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)-Letak lebih sikit pun takpe
2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]-Letak kedua2 lagi sedap
1 Biji Telur-
1/2 Sudu Teh Garam
Gula Halus atau topping kegemaran anda
190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)
Cara-cara:
1.Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit-untuk yis yang baik,selalunya dalam 3-5 min dah mula berbuih.
2.Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
3.Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
4.Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
5.Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).
6.Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan..(lebih ringan/kmbg doh,lbh gebu laa donut tu nanti)
7.Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
8.Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda.

No comments:
Post a Comment