Powered By Blogger

Friday, November 4, 2011

maafkan AKU :'(


Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi Maha penyayang :)

Apa yg aku taip ini sekadar ingin melepaskan rasa kesal yg teramat sgt..aku dah melakukan kesalahan buat kali ke 3..yaAllah, sedihnya yg teramat sgt bila aku kenangkan..mula mula niat sekadar ingin bergurau dengan kosmate tetepi akhirnya bawa ke perkara yg serius..ak tahu aku silap..aku tak patut bergurau dengan dia.. aku taknak jadi penyebab kosmate aku berpecah..

mungkin kesalahan yg aku lakukan ini membuat kan hati dia tak selesa dengan aku..nak nanges...!! wahhh,tahan2x..kuatkan hati!! andai boleh diputar kembali jam,aku xmau buat bende2x camtu..menyesal sungguh,tpi apakan daya ,kalau sampan kita boleh patah balik tpi kalau perckpan mmg x boleh undur..aku hnya kene menerima balasan apa yg aku lakukan..mungkin ini satu ujian dariNya..aku redha ya Allah..hal ini akan buatkan aku lebih berhati g=hati bila nak bergurau dengan org lain..maafkan daku sahabat..andai diri ini tak dapat bertemu denganmu selepas cuti ini,maafkan segala kesalahan aku .buat ibu tersayang ,mak,along,kak jad..maafkan adik.. adik tak berniat nak bebankan kamu semua..

dan yang penting, aku selalu sayang semua yang ada kat sekeliling aku...aku minta maaf..andai ini coretan terakhir..............................................................

:'(

Tuesday, November 1, 2011

SyurGa CinTa~


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

syurga Cinta~

bagi aku,satu filem yang agak menarik..lebih lagi di lakonkan oleh artis yg cumel n hensem gitu..

suatu cerita cinta islamic~

dimana si dia yang jauh dari DIA, tetapi di beri hidayah untuk mendekatkan diri si dia pada penciptaNya melaui CINTA yang ikhlas diberikan oleh si gadis.

~mulanya berniat untuk sekadar menyahut cabaran rakan,tetapi akhirnya semakin lama dia mengenali gadis tersebut..semakin dekatlah diri dia pada penciptaNya ...

~ dengan ajakan si gadis ke arah kebaikan dan di dorong oleh keinginan si gadis untuk merubah si dia..

~tetapi keego an si dia telah melukai hati si gadis tersebut...dia memberitahu perkara yang sebenar kepada si gadis ttg penipuan yg berlaku

~hati gadis mana yang tak hancur bila lihat orang yang hampir untuk disayanginya menipu di depan mata dia...

~namun dengan keizinan si DIA , hati si gadis dapat menerima si dia dengan hati ikhlas walaupun pernah terluka...

~kerana keizinan cinta DIA, mereka di satukan atas ikatan sah...

~ bercinta kerana Allah, bercinta untuk menjadi yang lebih baik, bercinta dengan seseorang yang dapat pimpim kita ke syurga kelak

~carilah insan yang dapat mendekatkan diri kita padaNya...

~betulkan diri ini dahulu sebelum mencari yang lebih baik..InsyaAllah akan bertemu yang baik..

~bukan sibuk mencari yang soleh atau solehah apabila berkahwin ,tapi cari yang dapat melengkapi segala kekurangan diri antara satu sama lain dan yang penting membawa kepada diri yang soleh dan solehah...

~carilah si dia yang dapat menjadi imam kita ,yg dapat menjadi ayah penyayang kepada zuriatmu ,yang menitiskan air mata tatkala kamu melahirkan anak mu, dan yg pnting mencari si dia yang dapat seiring mencari sinar hidayah dariNya....

~moga bertemu dengan insan yg telah tercatat di Luh Mahfuz mu.....

~si dia yang menjadi sebahagian dari tulang rusukmu...

~si dia yang mengharapkan kasih sayang darimu...

~si dia yang setia padamu...

~si dia yang menyayangimu kerana Allah...(^_^)


Layanzzzz sambil dengar ost syurga cinta (instrumental)~ dengar tau sambil baca post nih..ngeh3x

memang mencurah idea seperti mencurah coklat di ladang gandum (koko crunch)

salam syurga cinta,
ififa_fif

Saturday, October 29, 2011

Tanpa Mu~


Resah dan gelisahku rasa

Hidup penuh pancaroba

Roda masa pantas berputar

Menduga iman di dada

Daku yang lena dan terleka

Tenggelam di lautan dunia


Kabur pandangan mataku

Pada nikmat yang menggunung

Mendustakan kurniaanMu

Tiba murkaMu menghukum

Keangkuhanku kian hancur

Lantasku jatuh dan tersungkur


Tanpamu kasih ku tak berdaya

Hilang puca dan arah

Hanyut alpa di arus bergelora


Kasih daku derita

Lemas dalam sengsara

Jiwa dan tubuh kepedihan, tersiksa, terhukum

Menanggung kifarah dari MU


Telah ku lalui semalam

Jalanan kelam dan suram

Lampaui batasan insan

KeagunganMu ku lupakan

Rahmat dariMu ku dambakan

KeampunanMu kupohonkan


Hatiku ini merindu

Sinar cintaMu yang Agung

Pasrah merayu redhaMU

Ampuni dosa-dosaku

Rahmat dariMu kudambakan


inteam~ tanpa mu

ampunkan dosa dosa kami ya Allah..

izinkan kami berjumpa dngan Mu ...

Saturday, October 22, 2011

ImPian HatI~

kiutnyer!!!!!




Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Syukur ke hadrat Illahi dengan izin dan limpah kurnianya kita dapat lagi berkesempatan menghirup udara dan menjalani hidup kita seperti biasa.moga2x hari esok yang akan menjelang akan lebih baik dari hari ini kan kawan2x..

wah,tetiba hari ini nak menulis,maghrib plak tu.huhu..

cerita pasal haiwan..mentang2x suka haiwan,jadi aku pon tergerak jantung nak tulis pasal haiwan y comel n ganas ni..saja2x ja sementara biar kpala eden hilang tepunya~

pernah dengar anak singa?? bagi pendpt korang,anak singa comel x?? apa yg istimewa nya haiwan ini?? bukan ke dia ganas,kalau kita hulur tgn pon dia akan ngap ke?? bukan kuku dia tajam ke?? bukan taring dia leh tebus daging kita ke?? pelbagai soklan dek terapung kat kepala aku...


ada 1 artikel ataupun story about 2 org yang jaga anak singa dari keik n bila dah besar diaorg lepaskan anak singa yg matang tu p la hutan belukar ceruk mana tah,,tpi bukan kat Malaysia..luar negara..korang leh search youtube pasal singa tu..nk link k?? cri sendiri eh..hehehe

Sebenarnya dah lama aku teringin nak bela anak singa kot.aku suka betui.nama pon amik kos ada kaitan dgn haiwan. jadi haiwan dn aku sehati sejiwa..hua
haha.. pantang nampak kucing ka,rabbit ka, kambing ke, biri2x ka, kebau ka....semua aku akan tegur..tegur cammana?? ak ckplah apa 2x kat dorang, hai k, apa khabar ke,tgh buat apa tu ke?? mengong sekejap..hahaha..

tapi mmg menjadi satu impian aku kelak,untuk jadi penjaga haiwan nih..walaupon membe2x aku menuju ke arah lebih moden..mksud aku nak keje yg bawa
h econ,hehe ,tpi aku ni pelik skit..semua org maju ke depan atau dlm erti kata lain foward ke depan r ,tpi aku backward plak..ehehe..adalah 1 ketika tu aku p tnya akak yg jual tudung yg aku suka pakai,pastu ak tnya lah,tudung macam nih ada x kak?? akak tu menjawab,x de lah dek..tu tudung yg lama tu..mmg susah skit nak cri...wahhhhh,terasa diri ini old fashion sekejap..haha..tapi aku jenis x kesah janji selesa n senang nak bergerak sana sini..untunglaaaaaaa~

berbalik pada story tdi..hehe pnjg berjela plak mukadimah...huh,teringn nk bela dri kecik smpai besar,nak peluk dia,cium dia,belai dia,bagi dia makan, dod
oi dia tido,nak mcm2x lagi..suka kot..anak singa kalau kita da bela dri kecik,insyaAllah,dia akan syg kita smpai lah dia besar..kiranya mcm spesis cat jugak ni..jenis yg setia pada penjaganya kan..bila kita jaga dia dgn penuh kasih syg,dia akan syg kita balik..nak jaga dia sungguh2x..wahhh,

sama lah mcm manusia,susah kot nak cri yg setia..1 dalam 2 juta..heehehe..(x de kaitan)haha

insan bernama kekasih (unic) ~ layanzzz..




comeynya!!,nak peluk jugak!!


salam blogger,
misz_ififa


Sunday, October 9, 2011

Hari yang bernama AHAD or sunday..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Hari ini hari ahad or sunday or sun day or whatever.hehe.Hari ni hari 1st ada kuliah hari ahad.huhu.kuliah gene expressions.mlm tadi jenuh gak aku memaham subjek tu..migrain kot.tpi lepas habis klas kol 11 ak da ok skit..phm ler jugak.otw nak balik tu singgah lah kat ptsl.duk cri buku apa yang patut.balik dalam kul 1 camtu.aku sorang2x ja.duk jln rasa bosan plak.mula lah tgn ni menggatal nak amik gambr..mentang2x kete tak bnyak time tu.apa lagi tangan memetik tangkap pic sana, pic sini. x de keje n nak mereleskan penat berjalan.apa lagi amik lah gambar..ni dia gambarnya.










~bermulanya di sini hati nak amik pic ni


~kolej yg tangga nak naik..maiii,semput aku jah!haha



sesat?? ni petanya,klau sesat lagi cri jln sendiri :P


~ jalan kesunyian (jgn pilih jln ni dlm hidup..hehehe)



busten pon smpat amik,nilah tmpat pagi2x tunggu bas kiffah kesayangan


~ni kolej kesayangan ak


~menapak kaki nak daki bukit ni...huh,semput kot


kereta ni lah yg hantar kami bertiga g kelas tadi,nseb bek membe aku knl abg senior ni,aku pon tmpg ler jugak..da x da bas..huhu

~sempat lak aku snap pic blakang kape kolej ak..haha



ni muka muka pemimpin JAKSA KRK 2011/2012..selamat bertugas!!




blok tmpat aku membesar,rumah ke 2~



tiap2x hari akan lalu sini,smbil turun kata2x ni mengingatkan aku~cewah


Ok da sampai blik...adios..! salam



begitulah perjalanan hari hidupku yang bernama ahad~
jmpa lagi!!







Sunday, September 18, 2011

Selamat memBACA (:


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang (^_^)

Assalamualaikum....

Selamat petang dunia. jam menunjukkan pukul 5 17 petang. sekarang aku berada di kolej rahim kajai blok k16D. cuaca di luar agak sejuk kerana hujan lebat sejak pukul 12.30 tghari tadi..tapi sekarang hujan dah pun mula berhenti. matahari pun dah kembali bersinar menerpa ke arah pintu berenda bilik aku. baru selesai menulis kad birthday buat kedua2 kakak ku yg tersayang yg bernama, yg sulung nama dia Nur Azleen dan yang kedua bernama Nur Aizad. aku hanya ada 3 org adik beradik sahaja.semua perempuan dan seorang ibu yang amat2x kukasihi yg bernama Norhayati .Ibu ku telah kehilangan tempat bergantung. kekasihnya telah pergi menyahut seruan Illahi. semoga ibu ku sentiasa tabah dlm mengharungi kehidupan. Kami adik beradik sentiasa di sampingmu wahai ibuku. semoga Allah mencucuri rahmat kepada abuya ku yang tersayang dan melindungi kami sekeluarga. tetiba jiwa rasa rindu.maklumlah sedang layan lagu korea yg ada music je tapi x de suara org.aku suka layan lagu mcm tu .

disebabkan kuliah tak stat lagi dan x ada assignment lagi,jari jemari aku menari nari atas papan kekunci komp ku.cewah,bahasa berbunga.maklumlah jiwang x kene tempat.haha.tak tahu nak buat apa lagi. tido sejuk2x ni mmg syok.tapi dah puas tido pagi tadi.membe2x ku berjalan jln g Times Square..mesti seronok kan .dorang ada juga ajak aku tapi aku ni malas sikit nak jalan jalan..hehe..sebab kat rumah aku tak biasa jalan2x keluar ,selalu duduk rumah je..sebab takde org nak bawak ak berjln 2x..hehe..tu yg smpai sekarang kalau org ajak keluar aku jarang nak ikut.kecuali kalau terpaksa dan dengan rela hati.

2 oct ni membe aku akan bernikah.tapi sygnya aku tak dapat ikut sebab ada program zoologi kat langkawi.terpaksalah pergi.rm 200 gak terbang ibarat mcm firefly or air asia..haha...ramai2x membe kos aku jalan sama2x..tapi tak tahulah program dorang g mana.ikut ja lah.. minta maaf sgt kat membe aku sbb x dpt attend..ak di sini hanya dapat mendoakan kamu suami isteri bahagia hingga ke syurga..insyaAllah..amin..lagu yg sesuai buat mu sahabat,nyanyian Maher Zain ,tajuknya Barakallah..hehe..sempat menyempat je..seronok bila tgk org kawin2x ni..seronok tgk baju dia,hantaran dia, dn mcm2x la..semua org nakkan perkahwinan termasuklah aku..haha..tapi yg penting adakah anda bersedia memikul beban dan tanggungjawab sebagai suami atau isteri??? bnyak sebenarnya tanggungjawab bila da kahwin t.tapi ada dlm satu surah Al Quran,apabila kita berkahwin itu bermakna kita telah melengkapi separuh dari agama kita kn.

Byk yg aku pelajari dari dia..ikutlah blog dia..aku sentiasa baca update dia..jap ek

ni link dia


cubalah baca..blog tentang saat dia berjumpa dengan bakal suaminya sehinggalah persediaan dia nak kahwin ni..perkenalan yg berlandaskan syarak atau mengikut Islam.dia x pernah kenal lelaki tu. tapi tup tup da nak jadi bakal isteri org.tahniah membe ku!! hehe

sesungguhnya cinta selepas kahwin adalah yg terbaik. nikah dulu baru bercouple.sebab bila dah kahwin, kita ada ikatan yg sah sbg suami isteri.laki kita takkan pergi cari yg lain sbb dah jadi milik kita secara halal.InsyaAllah..tapi bila kita couple kita x semestinya akan bersama dia ke jinjang pelamin kn.. bila kita bercinta mengikut syariat Islam, dan ikut segala perintah Allah dan tinggalkan apa yag DIA larang,InsyaAllah hidup kita di berkati olehNya. walau pun jumpa lelaki yg kita tak kenal,tup tup terus kahwin tanpa bercinta..InsyaAllah Allah akan terbitkan rasa kasih sayang dan cinta antara dua insan tersebut. tapi selidik latar hidup dulu bakal suami atau isteri dulu. dan carilah org yang syg kat kita dan bukannya yg kita sayang kat dia.kalau aku prefer yg 1st.aku akan sayang pada org yg sayang kat aku. barulah bahagia.bknnya yg kita sayang,tapi dalam hati dia tiada perasaan apa2x pun. tapi kalau kita suka sum1 secara senyap2x,takpelah..berdoalah pada DIA agar jodohmu dengan dia.mana tahu org yg kamu sayangi adalah milik kamu sebenarnya kn..mana lah tahu..Allah akan memakbulkan doa org yg berharap padaNya..wah,mmg seronok tulis ni tambah lagi layan lagu Tanpa mu - ost nur kasih the movie.wah..mcm ibarat cerita nur kasih la kn..nur di jodohkan dgn adam walaupun mereka tak pernah ada rasa cinta antara satu sama lain tapi dgn izin Allah adam kembali ke sisi nur. mmg seronok tgk.cuma crita dia slow sikit r.tapi try la tgk.

wah,rupanya bnyak juga aku membebel sorang2x nih..haha..selamat membaca blog membe ak ye..

p/s : cintailah Dia yg Esa, taat lah pada dia dan ikutlah segala suruhanNya dan insyaAllah kamu akan dikurniakn insan yg akan melengkapi sifatmu dan yg akan menyanyangi kamu sampai bila bila..wah jiwangnya diriku ini..(^_*)

renung2x kan dan selamat beramal..ehehe (:

salam blogger,
nur a---- J-----d---

Friday, September 16, 2011

DoFoNutFut (Donat)





hasilnya..tadaaa!! sodap!!







DoNut mula meNGEMBANG..haha

Cerita Tentang DONUT

Aku memang minat buat pastry.Sekadar mengisi perut yg berkeroncong petang2x.seronok bila buat pastry. Pengalaman yang tak dapat di lupakan bila kali pertama membuat donut.wahh,macam tak caya je.tapi Alhamdulillah jadi.Bila masuk masuk bahan tengok adunannya asal ketul2x.dah mula nak menggelaba.Bertambah gelabah pulak bila kakak aku tengok sambil tersenyum.aku pun tak tahu jadi ke tak time tu.main buat ja. Buat donut ,banyak waktu rehat rehat dia.Bukan aku yang rehat tapi adunan nak kene rehat lepas uli. Jenuh aku cari acuan buat donut kat belakang rumah,tapi tak jumpa jumpa.last last aku guna cawan punya mulut. Kan permukaannya bulat.ok lah tu..hantam saja.pastu mulalah menguli menerap dan buat lubang tengah tengah dia. Dah sudah tu rehatkan dia.sampai dah mengembang , barulah di goreng. Mula mula hangus di buatnya akibat minyak masak terlampau panas. Biasalah tu.adat memasak.kali pertama akan k o tapi lama lama baru lah dapat control api .syukur2x. Then, dah habis goring,golek golekkan lah donut tu kat dalam lautan gula halus . Lagi elok kalau pakai gula aising,lagi lembut.rasa manis je. Tadaa!! Jadilah donut. Masak ni sebenarnya seronok kawan2x.kalau tak caya cubalah masak satu sajian.tak kesah la roti ke lauk ke dessert ke..pastu cuba rasa n jangan lupa bagi org lain makan,pastu Tanya org tu, apa komen dorang.bila terukir senyuman dan dorang kata sedap,wahh,korang akan rasa puas hati sangat sebab penat lelah korang menghasilkan masakan tu membuatkan org lain seronok dan yang penting buat mereka kenyang..hehe..ni semua pengaruh cerita jepun aku tengok.cerita tajuknya lunch queen.best!! selamat mencuba!! J

Cubalah resepi ni.aku amik kat dalam internet.

Sedap,lembut..


D.O.N.U.T...........mamang lembut dan gebu....

Sumber Resepi: Sue-Hsue.blogspot

Bahan2:

500g Tepung Gandum Berprotein Tinggi (guna tpg biasa pun ok)

1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)kalo guna yis peket beso amik 1 sudu makan jer..

50g Marjerin

1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)-Letak lebih sikit pun takpe

2 Sudu mkn (penuh) gula pasir

2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]-Letak kedua2 lagi sedap

1 Biji Telur-

1/2 Sudu Teh Garam

Gula Halus atau topping kegemaran anda

190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)


Cara-cara:

1.Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit-untuk yis yang baik,selalunya dalam 3-5 min dah mula berbuih.

2.Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.

3.Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).

4.Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.

5.Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).

6.Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan..(lebih ringan/kmbg doh,lbh gebu laa donut tu nanti)

7.Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)

8.Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda.

p/s: jangan lupa cuba tau.. (^_*)

Monday, September 12, 2011

Segalanya CinTa

Cintainya dalam diam

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukuplah cintai dia dalam diam..

kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya...

kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya..

kerana diammu...

itu dapat memuliakan kesucian diri dan hatimu..

menghindarkan dirimu dari hal- hal yang akan merosak izzah dan iffahmu..

kerana diammu...

itu dapat menunjukkan bukti kesetiaanmu padanya..

kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH SWT.pilihkan untukmu...

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali?

yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan...

tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah

sahabat...

kerana dalam diammu tersimpan kekuatan..

kekuatan harapan...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itudapat berbicara dalam kehidupan nyata...

bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya?

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,

biarkan ia tetap diam...

kerana...

jika dia memang bukan milikmu, dengan izin Allah , melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat untukmu...

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu...

kerana yakinlah...Allah akan memberikan ganti yang lebih baik lagi atau mewujudkan mimpimu di kemudian hari..bersabarlah dalam diammu...

quotes

Mulianya cinta berlandaskan Islam kerana cinta yang dibina bermatlamat. Kerana ingin mendapat kasih sayang tuhan, manusia sedia berkongsi rasa cinta dan kasih sayang sesama insan.

Kerana inginkan kasih sayang tuhan jualah,

masing-masing ingin selamat-menyelamatkan antara satu sama lain dari segi hubungan dan kehidupan di dunia untuk mengejar sesuatu yang abadi di akhirat. Cinta yang dibina bukan cinta kosong tetapi cinta yang punya pengertian yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yang sentiasa mencari Tuhan...

Segalanya tentang CINTA berlandaskan Islam

Cintailah ia dalam diam, dari kejauhan, dengan kesederhanaan dan keikhlasan…

Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba…mungkinkah dengan redha-Nya atau hanya mengundang murka-Nya…

Jika benar cinta itu kerana Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah karena hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun berhilir hanya kepada Allah..

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah.” (QS. Adz Dzariyat: 49)

“Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. ” (QS. An Nuur: 32)

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tandabagi kaum yang berfikir. ” (QS. Ar-Ruum:21)

Tapi jika memang kelemahan masih nyata dipelupuk matamaka bersabarlah… berdo’alah… berpuasalah…

” Wahai kaum pemuda,siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah,maka menikahlah,sesungguhnya menikah itu memelihara mata,dan memelihara kemaluan,maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah,berpuasalah,karena ssungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya ” (Hadist)

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. ” (QS. Al Israa’ :32)

Cukup cintai ia dalam diam… bukan kerana membenci hadirnya…tapi menjaga kesuciannya bukan karena menghindari dunia…tapi meraih surga-Nya bukan kerana lemah untuk menghadapinya…tapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

Cukup cintai ia dari kejauhan… kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari cubaan kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan kerana hadirmu mungkin saja ‘kan membawa kenelangsaan hati-hati yang terjaga…

Cukup cintai ia dengan kesederhanaan… memupuknya hanya akan menambah penderitaan menumbuhkan harapan hanya akan mengundang kekecewaan mengharapkan balasan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan…

Maka cintailah ia dengan keikhlasan kerana tentu kisah fatimah dan ali bin abi thalib diingini oleh hati…tapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi…?

“ …boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. ” (QS. AlBaqarah:216)

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)” (QS.An Nuur:26)

Cukup cintai ia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan…

kerana tiada yang tahu rencana Tuhan…mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

kerana hati ini begitu mudah untuk berubah…serahkankan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya biarkan ia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya…

“Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.” (Umar bin Khattab ra.)

" ..berikan hatimu hanya untuk allah,, pasti dia akan temukan padamu pemilik terbaik,, dan hampar kan masa mu seluasnya hanya untuk allah,, pasti dia akan aturkan dengan hidupmu sebaiknya.."

Cinta layaknya seperti seekor rama rama ..semakin kalian mengejarnya, semakin jauh ia terbang meninggalkan kalian biarkan rama ramamu terbang kemana saja ia suka .siapa tahu bila ia lelah dan tidak sedarakan kewujudanmu ia bakal mengibaskan sayapnya ke arahmu menumpang teduh dari panas hujan badai duniawi dalam keadaan yang kau tidak sangka mungkin saja rama rama yang kau kejar itu bukan rama rama yang Allah peruntukan buatmu.

Doa Kekasih

Ya Allah ,jika hambaMu bercinta ,cintakanlah hamba pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepadaMu ,agar bertambah kekuatanku ,untuk menyintaiMu

Ya Muhaimin , jika hambaMu jatuh hati, izinkanlah ku menyentuh hati seorang insan yang hatinya tertaut pada Mu agar tidak terjatuh diriku dalam jurang cinta Nafsu

Ya rabbana, jika hambaMu merindui ,rinduikanlah diri ini pada seseorang yang merindui Syahid di jalan Mu

Ya Allah ,jika hambaMu menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melibihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu

Ya Allah jika hambaMu ini jatuh cinta pada kekasihMu ,jangan biarkanlah diriku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada Mu

Saturday, August 20, 2011

Malam~

Selamat datang ramadhan, selamat datang malam lailatul qadar..

Saturday, April 23, 2011

Kek Batik (yummmy)

di copy gambar..agak2x rupanya macam nih (^_^)


Kek Batik

Bahan2x

1 buku buttercup / margerin (butter lagi sedap)
1/2 tin susu pekat(ikut manis)
1 biji telur
1 cawan serbuk koko (klau xmau pahit,ikut sukati hati)
1 cawan nestum
1 cawan milo
1 bngkus biskut marrie (dipatah2x kecil,jgn kecik sgt)
dulang besi klau nk kek batik cepat sejuk(takkan dulang kayu??hehe)

cara2nya

~ Cairkan 1 buku buttercup (dalam kuali panas,api jgn kuat sangat)

~masukkan susu pekat ,kacau hingga sebati
(kalau nak manis,letak 1 tin..aik,jgn ..t kene kencing manis.huahah)

~masukkan telur ,kacau sebati(kacau cepat2x,takut t jadi telur hancur ..sebab minyak butter)

~masukkan serbuk koko,milo, nestum gaul sebati(sedap!) *ceh,puji diri sendiri..huhu

~masukkan biskut then gaul segaulnya..

~jagn lama2x sgt..agak agak da sebati leh tutup api,takut beskut lembik t.

~sejukkan , dan mampatkan kek batik tu dalam dulang guna tangan yg berlapik,elok sarungkan tangan dengan plastik air tu, patu mampatkan..

~nak lagi sedap.sejukkan kek batik tu dalam peti ais

tadaaaa!!!! sedappppppppppppppppppp! try r..hehe.

Assalamualaikum..
selamat petang dunia..
Kerana dek mengantuk dok baca TITAS ,tangan ini mula menggatai nak menulis ..eh,bkn..menaip bait2x ayat ayat berbunga..heheh.. waa,ngantuk woo! x pa2x ..jap g p sambung baca blik..ilmu tu..seronok gak baca titas,macam buku cerita jugak la..luar cuaca redup.. x panas x sejuk..alhamdulillah.. senin ni last paper ,titas..wah,inilah hari yg ku tunggu 2x.. lepas nih rehat 4 bulan..wah,apakah yg ku ingin lakukan selama itu,umm..aku lak type yg jarang kluar rumah..bkn x nak kluar,tpi nak kluar ngan sapa??haha membe pon area rumah x ramai..huhu.. keje kot? umm leh la tu..kerja kat mana? x kesah lah..asal leh hilngkan bosan duk di rumah dan nak tlg family aku.crik duit lebih skit la..takkan nak duk umah besarkan badan yg semulajadi sudah gemuk..ehehe..maintain ja..haha.. dah menaip nih pun ngantuk gak..ko pekehe fi?? aiseh.. madah berhelah berbunga yang dahlia kucing hantu langit asyraf muslim heliza hilmi afghan elhamz...maaf lah ak mengarut di sini..

p/s: malam2x tgk langit ,lihat bulan,lihat bintang..seronok! melihat keindahan ciptaan Illahi..

Monday, April 18, 2011

PeNat + rinDu + puAs HaTi + saYAng + etC.. (^_^)







Hari ni merupakan hari yang sangat memenatkan..huhu..agak r..ulang alik ke sana sini..haha..tapi penat yang berbaloi bila projek assignment kritikan seni tampak akhirnya berjaya di siapkan di printkan di semak di binding dan dibalut dgn sampul surat A4 putih dan di poskan menggunakan bas kiffah.huahaha..dan di poskan di bawah bilik en hamdzon..wahh,memang terbaik lah..puas hati melihat hasil titik peluh kita daku n member tercinta ,adina..mmg puas..haha..harap2x lah en hamdzon memberi kami markah yg terbaik! mesti lah nak AAA! gred a lah..sapa tak mau kan ..huhu.. daku masih menghintung hari bila tiba detiknya titas habis ..itulah paper terakhir aku di tahun pertama dalam berjuang menuntut ilmu..killer subject?? jangan di tanya !! huahaha.. tawakal yang hanya ku mampukan lakukan agar pemeriksa yang memeriksa kertas soklan aku di beri kesenangan dalam menanda kertas aku tu..fuh! moga2x lah hendakNya..tak mustahil,hanya kita perlu doa kepadaNya kan..sesungguhnya dia mendengar apa yg kita rintihkan tiap2x hari 5 kali sehari..sayanglah DIA! esok paper amali kimia am pula ..naseb bek semua objektif klau lah structure..oh habislah ak..ni yg sempat tulis nih..hehe..mak , along tnggu fi balik tau! cewah,padahal dorang yg jemput ak balik nanti..gaya cam duk jauh jah..haha..apakan daya, ak nak belajar naik komuter x blaja2x..kenapa lah ko ni fifi..huhu..bkn x berani cuma sekarang nih macam-macam leh berlaku kan?? tak semua orang kat luar tu baik..ada juga udang di sebalik mee tomyam..haha tak pe lah..t bila da dewasa skit dan da brani bawak diri ,daku kan berdikari..ehehe..bila tu?? tggu da

Sunday, April 17, 2011

EpiLog SeoRanG haMba~














Bila mentari bersinar terang
Terpancar cahaya suria
Memuji keagungan Tuhan pencipta
Menginsafi kedhaifan

Bila mentari menghilang diri
Terbit pula kenangan lalu
Tertunduk ku pasrah sedih ku
Menyepi
Hanyut dalam arus berliku

Oh Tuhanku Yang Esa
Ampunilah hambaMu
Berikanlah ku kekuatan
Mengharungi mehnah Mu
Ku pohon restu hidayah dariMu
Rahmatilah hidup ku
Terimalah oh taubat ku
Penghapus segala dosa ku

Deruan ombak
Menghempas pantai
Bergelora dipukul badai
Himpunan buih di tepian
Ia tidak berkekalan
Begitulah hidup manusia

Saturday, April 16, 2011


Assalamualaikum wrt. wbt.

Untukmu, Bakal isteriku..

Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan "Kau tercipta untukku."

Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.

Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan 'sempurna' di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.

Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz. Diriku diselubungi jubah, digelar syeikh. Lidahku mengajak manusia ke arah makruf digelar daie. Bukan itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana perawakanku dan perwatakanku. Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita."

Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya. Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga. Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti kupegang dalam misi mencari dirimu. "Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik."

Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.

Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.

"Kahwinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.” Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin. Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.

Dariku, Bakal suamimu.


















Ya Allah aku teringin bertemu dengannya ..walaupun ku tahu dia belum lagi HALAL untuk aku mendampinginya..jagalah IMAN nya ,peribadinya , akhlaknya, pandangannya..sesungguhnya aku mencintainya kerana dia mencintaiMu..sungguh..Aku ingin dekat denganMu..kurniakan daku insan yang dapat membimbing daku ke jalanMu ya Rabb..

MaAfkan Daku Ya Allah :)




















Astaghfirullah Rabbal Barroya

(Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat)

Astaghfirullah Minal khotoya.

(Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa)

...4X

Rabbi zidni 'ilman naa fi'a

(Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna)

Wa wa fiqni 'amalam maqbula

(Dan berikanlah aku amalan yang dimakbulkan)

Wa Wa habli rizqan waasi'a

(Dan kurniakan kepadaku rezeki yang meluas)

Wa tub 'alaia taubatan nasuha 2X

(Dan perkenankan taubatku dengan taubat nasuha)

Astaghfirullah Rabbal Barroya

(Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat)

Astaghfirullah Minal khotoya.

(Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa)

...2X

Rabbi zidni 'ilman naa fi'a

(Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna)

Wa wa fiqni 'amalam maqbula

(Dan berikanlah aku amalan yang dimakbulkan)

Wa Wa habli rizqan waasi'a

(Dan kurniakan kepadaku rezeki yang meluas)

Wa tub 'alaia taubatan nasuha 2X

(Dan perkenankan taubatku dengan taubat nasuha)

Astaghfirullah Rabbal Barroya

(Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat)

Astaghfirullah Minal khotoya.

(Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa)

...2X

Zikir Taubat

Wednesday, April 13, 2011

Salahkah aku ber CINTA ??


Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna. Dalam kelas kawan-kawan semua tak suka saya. Saya nak 'join', diorang kata saya menyibuk. Ada pula yang kata saya kuat emo. Sikit-sikit nak marah. Padahal sebenarnya saya nak tegur mereka buat bising masa belajar.

Lepas tu saya cuba buat lawak, kononnya nak tarik perhatian orang lainla. Saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya, terutamanya budak-budak perempuan. Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti).Tapi saya tak kisah. Asalkan ada yang terhibur. Pernah sekali tu, saya dapat award kelas – ‘Penglipur Lara Hati Nan Duka’. :sedihnya:~

Tapi saya tetap merasakan kekosongan. Memang lumrah manusia, seoarang lelaki akan tertarik kepada perempuan. Macam itulah yang saya rasa. Saya tengok kawan-kawan ramai yang dah 'couple'. Dalam dorm sms awek sampai pagi. Ada yang ‘call’ awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit. Walaupun nampak macam membazir, tapi rasa ‘jelous’ tetap hadir di hati.

Saya mula berfikir, "Adakah aku perlu BERCINTA?" Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu, saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'. Dan masa itulah saya kenal awak. Saya rasa saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya.

Mula-mula awak jual mahal. Taknak layan saya. Tapi saya tak kisah, mahal pun takpe, nak beli gak. Dan akhirnya, dipendekkan cerita, saya pun mulalah BERCINTA dengan awak.

Masa bercinta, memang saya sangat-sangat bersemangat. Apa orang minang kata..'ALL OUT'lah. :senyum:.. Saya selalu call awak, awak pun selalu call saya. Malam-malam 'gayut'. Kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam. Tetapi segala PENGORBANAN yang dilakukan masa ber'couple' tu, tidak terasa pun kehilangannya.

Masa bercinta memang indah. Semuanya indah. Sikit-sikit gurau-gurau. Sikit-sikit gelak-gelak. Kalau merajuk sama-sama pujuk-memujuk. Kalau 'birthday' kita sambut sama-sama. Untuk diri ini,terasa amat bahagia. Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai. Saya pernah terfikir, biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam, kata saya macam-macam, asalkan saya ada awak yang memahami saya.
..........................................................................................
Hampir setahun kita bercinta. Sekarang dah masuk tingkatan 5. Suatu hari saya dengar ceramah. Alhamdulillah, daripada ceramah itu saya sedar yang saya banyak buat dosa dan saya kena berubah. Hidup saya mesti selari dengan Islam. Saya kena jadi orang baik. Sebab memang itu fitrah manusia,menginginkan kebaikan. Semua orang nak masuk syurga kan? Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid. Rapatkan diri dengan Al-Quran. Selalu solat jemaah awal waktu. Selalu dengar tazkirah.

Lepas itu saya beli terjemahan Al-Quran, sebab nak tadabbur Al-Quran. Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak. Saya taknak jadi baik seorang diri, jadi saya ajak awak sekali. Saya ajak awak baca Al-Quran. Saya kejut awak bangun subuh(calling). Saya ajak awak saling beri tazkirah.

Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya. Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak berhenti couple. Saya kata, kita bukan buat benda yang salah pun. Bercinta kerana Allah. Kita couple tak macam orang lain. Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je. Ada yang siap buat mksiat lagi. Pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi. Tapi kita couple baik-baik. Jaga batas-batas syara'. Tak guna ayat jiwang-jiwang. Janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat. Cuma sms dan call je.

Dan awak terima perubahan saya itu. Saya pun banyak nasihatkan awak. Awak pun terima. Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu, tapi saya faham, perubahan memerlukan masa. Dan akhirnya saya rasa, hubungan kita semakin diredahai. Saya selalu berdoa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan.

Dalam proses perubahan saya, saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib. Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran. Kalau kita tidak berdakwah, kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak. Sesuai dengan firman-Nya dalam surah Al-A'raf, surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik. Tegur mereka apa sahaja yang silap. Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah atau dosa. Saya mesti nak tegur. Selemah-lemah iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman, apa lagi, tegur la depan-depan. Awak pula selalu nasihatkan saya, jaga perasaan orang lain, berdakwah kena berhikmah, tak boleh kasar-kasar, nanti orang benci. Nasihat awak tu sangat berguna buat saya.

Lepas tu, satu masa. Saya terbaca artikel tentang couple. ‘COUPLE HARAM’ tajuknya. Saya tak percaya. Tapi bila baca detail-detail yang diberi, macam betul pula. Ingat nak bincang dengan awak, tapi berat pula rasanya. Saya fikir kembali. Kita tak buat maksiat. Kita tak jalan-jalan pegang tangan. Tak jiwang-jiwang sangat. Cuma saling ambil berat, tanya khabar, borak-borak, siap ada bagi tazkirah lagi. Apa yang haramnya dengan benda ni? Biasalah, kalau kita suka satu benda tu, kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita. Saya pun buat tak tahu pasal benda tu dan teruskan saja hubungan kita.

Masa terus berlalu. Sedar tak sedar peperiksaan percubaab SPM dah dekat. Tiga minggu je lagi. Dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan-kawan. Buat 'study group'. Pada masa yang sama, bagi tazkirah. Ada yang terima. Ada juga yang buat tak tahu. Kadang-kadang bila tegur, saya kena marah pula. Macam-macamlah alasannya. Ada kata saya tegur tak berhikmah, ada yang kata saya menunjuk-nunjuk. Tapi saya tak kisah, saya ada tempat nak mengadu, :sedihnya:.

Suatu ketika, ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri, saya terjumpa ayat ini:


Mengapa kamu suruh orang lain(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri
(kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?
(Al-Baqarah, ayat 44)


Saya pun berfikir, "Selama ini aku asyik tegur orang je. Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan, Cepat marah, suka buang masa, ada lagi dosa-dosa yang masih dilakukan. Macam mana ya?" Lepas tu terjumpa pula ayat ini :


Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah
kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 42)


Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan. "Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau dengan kami..tegur orang konon.." Berfikir sejenak. Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak? Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh? Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah tahu saya selalu berhubung dengan perempuan? Dan terkadang saya rasa serba salah?

Macam-macam yang saya fikir. Dipendekkan cerita lagi sekali,saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dakwah. Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap. Dalam perjalanan ke seminar tu, saya masih sms lagi dengan awak dalam bas. Sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu dan lain. Dalam fikiran saya, "Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."
--------------------------------------------------------------------------------
Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf, pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri. Lagipun kami semua penat. Pihak penganjur pun faham. Takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam.

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ. Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple. Tapi saya teragak-agak. "Kalaulah betul couple tu salah, habis tu, nak buat macam mana? Aku kena 'clash' ke? Alah, buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau tak buat salah, apa nak ditakutkan?"

Lalu saya menghampiri fasilitator tu. Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit, boleh?"

"Em,boleh..duduklah. Anta nak tanya apa?"

"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang kawan ni, perempuan la. Tapi bukanlah setakat kawan biasa. Rapat jugalah. Bukan rapat biasa-biasa, tapi rapatlah.."

“Bercinta ke?”

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula abang tu kate. Mesti dia marah punye. Tapi bagi dalih apa lagi. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya:

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"

Dengan suara yang lembut abang tu jawab:

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:


"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah
suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."


"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat anta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."

Sambil abang tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:


Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)


"Akhi, kalau anta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada anta ialah, syaitan telah buat anta pandang indah benda buruk yang anta lakukan. Walaupun anta berpandangan tajam, maksudnya anta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat anta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat anta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa anta sms dengan dia, anta ingat Allah aje. Mesti ada masanya nata hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata,

"Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, anta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Anta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. Kalau anta janji taknak call dia pula, anta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi, masih ada zina yang tetap anta tak dapat elak apabila bercouple.."

" Zina hati?” Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah s.a.w. jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Anta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah s.a.w. bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnya, macam mana pun anta buat, anta tetap tak dapat lari daripada zina hati."

Saya terdiam. Kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang abang tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung.

"Ana dulu pun couple juga. Lagi lama daripada anta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak grad. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana terus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada anta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sangat."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan abang tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Abang tu jawab,

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang anta. Anta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."

Saya terdiam lagi.

"Pasal dia pula, cuba anta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan anta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, dia takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau dia buat sekalipun, itu bukan tanggungjawab anta, apa yang anta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan menanggung balasan atas perbuatannya sendiri."

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sedar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ada juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Anta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan anta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat 'group discussion', masa tu anta hanya layan dia hanya sebagai 'group discussion partner'."

Tiba-tiba saya terfikir,

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tinggalkan benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab,

"Ata kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Anta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, anta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni? Abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tinggalkan."

Alamak, tak boleh lari lagilah nampaknya. Saya rasa macam abang ni paksa saya clash masa tu juga.

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri.

"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat, jadi rasanya, inilah masanya."
Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..


"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."



Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tinggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin..

SENDING..

MESSAGE SENT

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab.."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata. Tak sangka. Memang tak disangka. Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sebenarnya. Tiba-tiba saya teringat ayat Allah, Surah Al-Baqarah, ayat 216,

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
...............................................................................................
Masa terus berlalu. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupakan awak, bukan senang, tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang. Saya bagi ta'lim di masjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil. Macam-macam yang berlaku. Ada kritikan, ada juga yang setuju. Cuma kali ini saya tak dapat nak mengadu pada awak, tapi saya jumpa tempat mengadu yang lebih baik, pada Dia, Allah yang Maha Mendengar.

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak. Awak bagi gambar bunga. Bawah tu ada ayat,

"Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir, "Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir.

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..

Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan.
Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..

-Yang Terakhir- "




Saya dah buat keputusan. Saya pasti apa yang saya buat ni betul. Saya yakin, saya tinggalkan semua ini demi mendapatkan redha Allah. Allah akan gantikan dengan sesuatu yang terbaik untuk saya. Dan saya takkan sekali-kali berpatah balik.

TAKKAN BUAT SELAMA-LAMANYA...